followers!

Friday, July 19, 2013

bila hati berbicara..

bila hati mula berbicara soal diri,
banyak lagi kekurangan diri ini,
itu tak kena, ini tak kena, semua serba tak kena,
hanya hati ini yang tahu apa yang diiginkan,
tapi hati ini tahu, diri ini tidak cukup sempurna untuk memuaskan hati-hati lain yang ada diluar sana..

bila hati mula berbicara soal keluarga,
hati ini tahu, banyak dosa yang dilakukan terhadap keluarga,
ibu bapa, abang, adik,
hati ini tahu, walaupun ego tinggi, hati ini akan merindui semua yang terjadi dalam keluarga,
seteruk mana keluarga itu, hati ini masih ingin mengambil tahu,
hati ini hanya memikirkan soal mereka,
mereka yang bergelar keluarga..

bila hati mula berbicara tentang sahabat,
hati ini tahu mana sahabat yang sejati dan sahabat yang palsu,
hati ini tahu siapa yang ada semasa senang dan susah,
hati ini tahu siapa yang melupakannya semasa ia senang,
hati ini tahu bila ia akan merasa gelisah apabila bersama seorang yang tidak kena padanya,
hati ini tahu, siapa kaca..
dan hati ini tahu siapa permata..

bila hati mula berbicara mengenai teman istimewa,
hati ini tahu, ia sayang kepada temannya itu,
tetapi hati ini masih ada ragu-ragu dan wasangka,
semanis-manis kata teman itu, ada lagi rasa kurang keyakinan,
kerana hati ini tahu, walaupun ia teman istimewa,ia bukan seistimewa keluarga,
yang boleh dipercayai segala kata-katanya,
walaupun hati ini sayang padanya, hati ini tahu,
sekuat-kuat sayang, hati ini akan sakit juga suatu hari nanti..

bila hati mula berbicara,
akal dan fikiran turut bergerak sama,
namaun kebanyakkan kata hati adalah benar,
cuma kita yang tak pernah mempercayai hati kita sendiri,
walaupun ia hanya sekeping organ yang kecil,
tetapi bila dilukai,
sakitnya terasa, lebih terasa dari sakitnya terhiris jari.....

No comments:

Post a Comment

silakan :)